Saturday, October 24, 2009

Petua doa dimakbul

berikut antara 9 petua drpd Rasulullah s.a.w untuk mencapai doa mustajab:

1- anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
" doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2- sesungguhnya Rasulullah bersabda:
" Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yg terakhir, seraya berfirman: ' sesiapa yg berdoa kpd-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yg meminta keampunan-Ku, maka Aku akan mengampuninya.' "

3- abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
" tiga org yg tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yg adil, org yg berpuasa ketika dia berbuka dan org yg dianiaya. Allah mengangkat doa2 itu ke awan dan pintu2 langit dibuka."

4- ibnu abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
" aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. waktu yg paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5- hadis abu hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
" jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia drp Allah kerana sesungguhnya haiwan itu melihat malaikat. jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan drp Allah drp godaan syaitan kerana haiwan itu melihat syaitan."

6- ubadah bin as-shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" sesiapa yg bangun pd malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7- ata bin abi rabah berkata: " telah sampai pdku bahawa Rasulullah bersabda:
' sesiapa yg membaca surah yaasin pd permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.' "

8- hadis drpd abu hurairah, Rasulullah bersabda:
" doa seseorg itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ' Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan'. "

9- hadis drpd abu hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai jumaat. lalu baginda bersabda:
" pd hari jumaat itu ada suatu saat, bila mana seorg muslim dpt menepatinya dlm keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu drpd Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yg dipohonnya itu."


No comments:

Post a Comment