.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
"Ya Allah, seandainya hati ini ditakdirkan jatuh cinta,berikanlah hatiku pada insan yang melebihkan Engkau dan agama dalam segala urusan. Insan yang mampu mencintaiku keranaMu. Insan yang mampu mendekatkan diriku padaMu...."
Ya Allah...
seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dgn hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
dan ya Allah...ya Tuhanku yg Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yg sejahtera dan abadi
tetapi ya Allah...
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah Dia jauh dari pandanganku
luputkanlah Dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta ya Allah ya Tuhanku yg Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar ku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya
dan ya Allah yg tercinta...
gantikanlah yg telah hilang
tumbuhkanlah kembali yg telah patah
walau tidak sama dengan dirinya
ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan
adalah yg TERBAIK buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yg terbaik buat hambaMu ini
ya Allah...
cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yg daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seseorang
pasangan yg beriman
supaya aku dan Dia sama2
dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yg Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yg soleh dan solehah...
No comments:
Post a Comment