Thursday, June 11, 2009

jadilah isteri yg disayangi suami...insyaAllah (^_^)



1. Jika anda dan suami sedang membincangkan sesuatu masalah, bercakaplah bergilir-gilir. Jika suami sedang memberikan pendapatnya, dengarlah dengan baik dan bersifat terbuka. Jangan suka menyampuk atau memotong kata-katanya.

2. Kalau suami sedang marah lebih baik mengambil sikap berdiam diri. Bertekak atau menjawab tentu akan menaikkan lagi kemarahannya dan selalunya mereka akan keluar dari rumah untuk meredakan kemarahan. Ada juga yang tidak akan menegur isteri sehari dua. Sebagai isteri, jangan pula anda mengungkit atau mengulang-ulang cerita lama itu. Adalah lebih baik meminta maaf dahulu kerana tidak ada untungnya untuk sama-sama berdegil dan mengikut ego lelaki.

3. Memang sebahagian daripada sifat lelaki suka mengusik wanita. Mereka mungkin ingin bergurau tanpa berniat mengecilkan hati. Begitu juga dengan seorang suami dan ada ketikanya tidak dapat dielakkan usikan itu hingga membawa rasa kecil hati dan sebagainya. Sebagai isteri banyakkan bersabar. Jangan cepat merajuk. Cubalah bersikap dewasa kerana ini membuatkan suami lebih menyayangi. Pilihlah waktu yang sesuai untuk menegur sikap mereka itu dan mungkin dengan cara bergurau.

4. Jika suami meminta sesuatu cepatlah bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan buat acuh tak acuh.

5. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah mengenyuk, membebel atau marah-marah kerana perkara ini. Lebih baik memasak lauk kegemarannya daripada dia makan ala kadar sahaja. Tentu hati anda akan lebih sakit.

6. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri sama ada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan merasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh si isterinya.

7. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

8. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

9. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bpa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baru diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

10. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau denagn isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.


insyaAllah..(^_^)

2 comments:

  1. be a good wife ye nti..redha Allah dtgnya dr redha suami..ingat tuh..hehe..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah..sungguh amat munasabah diatas segala saranan yang tertulis..insya allah..Suami adalah segalanya dalam kehidupan seseorang isteri.Kasih sayang dari suami dah cukup membahagiakan isteri.Malah kesucian cinta dari isteri akan selalu mendamaikan rumahtangga yg dibina.Yang penting keikhlasan dan kejujuran.

    ReplyDelete